M-Log 1

M-Log, Hurmmmm kali ni macam biasa "as usual" la aku akan mulakan M-Log aku yang pertama buat julung kalinya, FYI M-Log ni bermaksud (Marine Log), kira macam diary la secara am-nya hihi. Nnti masa bosan tu boleh la aku rujuk balik tgok M-Log ni.

Baiklah bagi memulakan cerita, yala aku ni tak la sehebat manapun nak menulis, tapi suka juga nak asah bakat yg tak pernah wujud ni 

cabaran utk diri sendiri selama 90 hari hihi.Sebab nak praktikan diri dgn M-Log ni utk suka-suka jer pun. 🤣

First episod kali ni.....setalah 2 tahun mcm tu aku dah tak turun laut@berkerja sebagai Marine Officer, banyak juga dugaan yg aku alami dari tahun 2014-2016 🙁, kalau nak cerita hurmmm confrim aku tak larat nak tulis, sebabnya ia melibatkan hal pribadi, cukuplah sekadar sahabat dan keluarga terdekat jak yg tahu. 

Berbalik kepada cerita tdi, puas aku jari company offshore dari bulan 9 2016,banyak kali juga aku turun naik office utk interview, tapi semuanya hampa belaka, janji itu ini, tapi tak juga turun,akhirnya aku pun buat keputusan utk join company lama aku dulu, walaupun aku kena marah dgn crewing dulu, tu pun gara2 balik@sign off tak bagitahu diaorg... my bad la kan, siapa la tak marah, lagi2 ni melibatkan hal kapal, report dll.

Akhirnya aku pun join@ sign on pada tanggal 27th Dec, nasib baik sempat join Christmas, sempat "ngabang" lgi! 

Masa aku nak turun ni tdi, crewing dah call dlm jam 1300hrs, Aku bru banggun tido ok! Maklumla smlm akhir juga balik rumh hihi.So aku pun jawab la call crewing tu, dia suruh aku sign on secepat mungkin @ hari ni juga aku terus book air ticket. Punya la excited nak sign on smpai aku tersalah book ticket penerbangan....tiket yg aku book tu ticket utk tahun depan bulan Julai Miri-Labuan (one way) hahahaahahah terbahak2 la aku sendiri mengenang nasib ini.... habis aku rugi Rm148++ cam.


Nak tak nak terpaksa la aku book ticket, kali ni aku tgok betul2 tarikh tu, takut2 kesilapan yg sama berulang hahaha.At the end aku pun pergi ke Labuan.Touch down di Labuan dlm jam 2145hrs, aku ambil bag aku and aku duduk jap kat luar sambil hisap rokok, lepas tu aku msk balik ke dalam utk beli coupon taxi, setelah selesai aku terus dibawa taxi tersebut ke ASB JETTY NO.12 tempat dimana kapal WOODY 1 alongside,jadi masa aku sampai diaorg baru jak dah habis bunker.

Masa masuk kapal tu aku dh nervous dah, rasa macam first time msk kapal pula! Tuhan saja yg tahu isi hari masa tu. Last-last aku msk juga kapal tu, aku call Chief Officer dia, minta dia tlg hantarkan AB utk bantu aku angkat bag, bag aku punya la besar, besar dari badan aku ok😅.

Lepas tu aku terus bersalam dgn C/O dan AB tdi, diaorg agak peramah, baru sejuk sikit hati tgok hihi.tak lupa juga mask nak msk kpl tdi aku terjumpa pula dgn Suami Bff aku sendri, dia pun terkejut tgok aku tercegat kat sana, jadi kami sembang2 la sebentar. Lepas tu aku pun terus mask kapal and terus naik ke bridge! 

Kapal kecil kan, semuanya sempit, tapi aku kena bersyukur! Sebab aircond mmg power! Rasa di Korea(mcm la pernah prgi Korea) hihi.

Lama juga aku dik bridge, sembang2 dgn C/o apa tugas yg perlu di buat dll lgi la. Lepas tu C/o ajar aku cara mcm mna nak hantar VDR (Vessel Daily Record), aku menurut saja, dah siap hantar kami pun pergi ke Cabin, kemas2 barang skjp, then aku naik balik ke bridge.

Sampai di bridge aku dh tak thu nak buat apa, well online la jadinya hahaah. Pas tu aku tgok computer dekat bridge tu, aku buka satu2 folder sampu aku terjumpa folder drill Woody 1.... haaaaa apa yg best aku ada kwn seakademi dgn aku di kapal ini, nama dia David, kmi dulu sama dorm, sama kelas, sewaktu di SMA. Best sangat sebab dapt sama kapal dgn rakan sendiri, ada la org sekepala dgn aku ni hihi. Apa lagi terus la saya call dia suruh dia naik bridge, punya la terkejut dia tgok aku. 

Maklum la kan, lama tak jumpa, panjang juga kmi berbual di luar bridge tdi, huahua sekejap. Rupanya dia oiller aku. Dan yg paling best dia dah berkahwin, rasanya dekat 6 tahun kami dah tak berjumpa.

Ermm baiklah smpai sini saja M-Log aku utk hari ini.esok aku sambung lgi utk M-log yg ke-2 pula. 😘 


 

No comments:

Powered by Blogger.